UCMI ANJUR PERSIDANGAN KESIHATAN PUPUK PENJAGAAN KESIHATAN SERANTAU
Aceh, Indonesia – Kolej
Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dalam rangka lawatan ke Aceh, Indonesia
telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa International Joint Conference on
Health and Management (IJCHM) 2024 yang berjaya menghimpunkan pakar serta
pelajar dari Malaysia dan Indonesia dalam membincangkan isu-isu utama berkaitan
kesihatan global. Persidangan ini memberi fokus kepada krisis kesihatan awam,
teknologi dalam penjagaan kesihatan, serta potensi kerjasama antara kedua-dua
negara.
Menurut Prof. Adjunct Dr.
Marniati, M.Kes, persidangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif
International Outbound Mobility Aceh (IOMA) yang dianjurkan oleh University
College MAIWP International (UCMI) dan Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI). Program
ini bertujuan memperkukuh kerjasama akademik antara kedua-dua institusi, dengan
harapan dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti kesihatan di peringkat
global. UCMI yang terkenal dengan bidang kesihatan menawarkan kepakarannya
didalam persidangan kali ini. 
Naib Canselor UCMI, Prof. Dr.
Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, turut berkongsi pengalamannya di Aceh serta
minat beliau terhadap perubatan herba, selain menekankan pentingnya persidangan
seperti ini dalam membina jaringan dan mencari solusi kepada isu-isu kesihatan
dunia yang 
IJCHM juga menawarkan peluang
penerbitan dalam jurnal bereputasi, di samping memberi platform untuk para
peserta berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam sektor kesihatan.
Persidangan ini diharap memberi impak positif dalam usaha menangani cabaran kesihatan
global dan memacu kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Comments
Post a Comment