Posts

10 perkara anda perlu tahu tentang Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Image
  Berikut 10 fakta penting Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Malaysia: 1. Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 Fokus kepada pengukuhan Komuniti ASEAN melalui tiga tunjang utama – Politik-Keselamatan, Ekonomi, dan Sosiobudaya – serta menangani isu-isu serantau seperti Laut China Selatan dan konflik global. 2. Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 Dihoskan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sidang ini menekankan pelaksanaan Rangka Kerjasama ASEAN-GCC 2024–2028, memfokuskan kepada perdagangan bebas, pelaburan, pendidikan dan pembangunan mampan. 3. Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China Inisiatif baharu yang dipelopori Malaysia, bertujuan meneroka kerjasama ekonomi tiga hala antara ASEAN, GCC dan China, meliputi perdagangan, infrastruktur dan digitalisasi. 4. China – Rakan dagang terbesar ASEAN Nilai dagangan ASEAN-China mencecah AS$696.7 bilion pada 2023, menjadikan hubungan ini sebagai pemangkin penting dalam kerjasama tiga hala yang dirancang. 5. Ekonomi GCC – Rakan strategik penting GCC ialah rakan ...

Daripada Padang Bola ke Puncak Gunung: Bekas Pemain Skuad Presiden KL Bangkit Dari Kecederaan ACL, Jadi Inspirasi Ribuan Anak Muda

Image
  Kuala Lumpur, 28 Mei 2025 – Mohd Anwar Syafiq, bekas pemain bola sepak Skuad Piala Presiden Kuala Lumpur, kini mencuri perhatian ramai apabila bangkit daripada kecederaan ACL yang serius dan muncul sebagai simbol ketahanan luar biasa. Bukan sahaja berjaya menamatkan beberapa acara maraton, beliau juga aktif dalam aktiviti pendakian yang mencabar menjadikan kisahnya sebagai inspirasi kepada ribuan anak muda di seluruh negara. Beberapa tahun lalu, impian Anwar untuk membina kerjaya dalam dunia bola sepak profesional tergendala apabila beliau mengalami kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) yang teruk mimpi ngeri bagi mana-mana atlet. Terpaksa berehat panjang, melalui sesi rawatan intensif dan fisioterapi, Anwar mengakui saat itu merupakan antara detik paling gelap dalam hidupnya. Namun semangat juang yang tertanam dalam dirinya sejak zaman sukan tidak pernah padam. Dengan disiplin tinggi dan sokongan moral daripada keluarga serta rakan-rakan, beliau bangkit semula. Bukan ...

UCMI ANJUR PERSIDANGAN KESIHATAN PUPUK PENJAGAAN KESIHATAN SERANTAU

Image
Aceh, Indonesia – Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dalam rangka lawatan ke Aceh, Indonesia telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa International Joint Conference on Health and Management (IJCHM) 2024 yang berjaya menghimpunkan pakar serta pelajar dari Malaysia dan Indonesia dalam membincangkan isu-isu utama berkaitan kesihatan global. Persidangan ini memberi fokus kepada krisis kesihatan awam, teknologi dalam penjagaan kesihatan, serta potensi kerjasama antara kedua-dua negara. Menurut Prof. Adjunct Dr. Marniati, M.Kes, persidangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif International Outbound Mobility Aceh (IOMA) yang dianjurkan oleh University College MAIWP International (UCMI) dan Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI). Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama akademik antara kedua-dua institusi, dengan harapan dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti kesihatan di peringkat global. UCMI yang terkenal dengan bidang kesihatan menawarkan kepakarannya didalam per...

Amaran awal lubang benam, jangan pandang remeh

Image
SEMASA memandu, kebanyakan kita jarang memikirkan tentang jalan yang dilalui. Namun, permukaan rata itu sebenarnya lebih penting daripada yang disangka. Dalam beberapa keadaan, tanda amaran awal pada permukaan jalan dapat membantu kita menghindari situasi berbahaya seperti lubang benam dan tanah runtuh yang berpotensi mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Lubang benam terbentuk apabila kawasan yang sebelum ini stabil runtuh, mendedahkan rongga kosong di bawah permukaan jalan atau bangunan. Ini terjadi apabila tanah terhakis akibat hakisan berterusan, biasanya disebabkan oleh air. Lubang benam boleh bermula dari lekukan kecil dan berkembang menjadi lubang besar yang mampu menelan sebahagian jalan atau bangunan. Sementara itu, tanah runtuh berlaku apabila sejumlah besar batu dan tanah jatuh akibat gelongsoran tebing atau cerun, yang biasanya dicetuskan oleh hujan lebat, gempa bumi, atau aktiviti manusia yang tidak terkawal. Jadi, apakah tanda amaran awal pada permukaan jalan? P...

Warganegara Nepal menangis mengaku didakwa ditipu agen

Image
SHAH ALAM: Seorang gadis warga Nepal menangis ketika ditahan pihak berkuasa semalam, mendakwa telah ditipu oleh ejen yang menyebabkan dia bekerja secara haram di sebuah gudang pembungkusan barangan jualan e-dagang di Jalan Kebun, di sini. Gadis berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Shahani itu adalah antara 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan oleh Jabatan Imigresen dalam serbuan di dua premis berasingan di daerah ini yang bermula pada tengah hari. "Saya telah menyerahkan pasport dan visa kepada ejen untuk diperbaharui sejak Januari lalu, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima," katanya. Dia juga memaklumkan bahawa dia telah dibawa oleh ejen tersebut untuk bekerja di gudang berkenaan pada tahun 2020. "Saya masuk ke Malaysia pada 2017 untuk menyambung pengajian O-Level di sebuah sekolah antarabangsa di Klang. Selepas tamat belajar, saya ingin terus bekerja di sini, jadi ejen meminta saya menyerahkan pasport dan visa untuk diperbaharui, tetapi kini s...

MAIWP-UCMI luaskan perkhidmatan Dialisis di Putrajaya

Image
  PUTRAJAYA – Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) melalui Pusat Perniagaannya hari ini telah membuka sebuah lagi cawangan Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS iaitu di Putrajaya. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta dihadiri oleh Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP dan Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Canselor UCMI bersama pengurusan kanan MAIWP dan UCMI. Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS (PHMP) ini adalah kerjasama strategik antara MAIWP dan UCMI (dahulunya dikenali sebagai PICOMS), bertujuan memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan. Pusat ini dilengkapi dengan teknologi hemodialisis terkini termasuk Mesin Hemodiafiltration (HDF), yang menunjukkan komitmen dalam memberikan rawatan terbaik dan terkini kepada pesakit. Dalam ucapannya, YB Senat...

Muhammad Ikhwan dan Noor Azwan memerlukan lebih banyak pendedahan

Image
Paris: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, menyarankan agar pemain badminton para negara, Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan, diberi lebih banyak peluang untuk beraksi dalam kejohanan yang lebih kompetitif. Beliau menekankan bahawa kedua-dua atlet ini perlu beraksi bukan hanya di Asia tetapi juga di Eropah dan Amerika Selatan. "Seboleh-bolehnya, Muhammad Ikhwan dan Noor Azwan perlu menyertai setiap kejohanan yang ada kerana peluang bertanding di Asia sangat terhad," ujarnya kepada media. Gandingan Muhammad Ikhwan-Noor Azwan tersingkir awal setelah hanya meraih satu kemenangan dalam acara beregu lelaki WH1-2 (kecacatan fizikal) dan kalah dalam semua perlawanan perseorangan mereka. Namun, mereka mengakhiri penampilan pertama di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan kemenangan dalam saingan Kumpulan B, menewaskan pasangan Jerman, Rick Cornell Hellmann-Thomas Wandschneider dengan keputusan 21-19, 21-17. Muhammad Ikhwan, 29, ya...